Tuesday, July 18, 2006

Zahir dalam Penzahiran

Sejak anda dilahirkan oleh ibu anda, pernahkah anda bertanya darimana asal anda?. Adakah anda berasal dari perut ibu anda atau tulang salbi bapa anda?. Sebenarnya anda berasal daripada sebelum semuanya itu, iaitu "tidak ada". Kenyataannya ialah kita berasal dari "tidak ada". Yang ada pada masa itu hanyalah Allah. (Maksud Al-Quran)
Kini, sekarang ini, tiba tiba kita berada disini. Tidak kah ini merupakan sesuatu kehairanan. Sebenarnya yang berada disini sekarang ini ialah semata mata "Kekuasaan dan Kebesaran Allah" taala itu sendiri dan diri anda yang anda rasakan "ada" itu tidak pernah ada.
Allah itu Awal, Akhir, Zahir dan Batin. (Maksud Al-Quran)
Jika anda rasa diri anda "ada", maka cepat cepat lah lafazkan "La haulawala kuwwata illa billahil aliyil adzim" yang bermakna "Tiada aku mempunyai daya upaya, melainkan daya upaya Allah yang maha agung".
Anda sekarang ini hanyalah sebuah penzahiran dari "Yang Maha Berkuasa" yang menzahirkan "KekuasaanNya".
"Allah hu akbar!!!!!!!!!! " "Kebesaran dan Kehebatan Allah" telah pun terzahir disini. Dan, ianya tiada kena mengena dengan diri kita yang tidak pernah "ada" itu.
Dan.....
Aku menjadi saksi, atau aku naik saksi, atau aku telah menyaksikan bahawasenya "Tiada Tuhan (yang berhak perTuhankan) Melainkan Allah"
.........Berubudiahlah kepada Allah, seolah olah anda "melihat" Nya. (Maksud Hadis)
Dan, sesungguhnya Allah taala itu dalam keadaan senantiasa menzahirkan kekuasaannya, secara "real time".......dan anda lah yang anda sangka anda itu salah satu dari nya. Terima lah hakikat ini. Jika anda dapat menerima hakikat ini, anda akan memahami beberapa bahagian dari patah patah ayat Al-Quran yang bermaksud "Aku lebih hampir dari urat leher kamu sendiri" juga "Bukan engkau melontar (ya Muhammad) tatkala engkau melontar, Aku lah yang melontar".
Bersambung..............

Monday, July 17, 2006

Merancang dan dirancang

Merancang sesuatu dalam hidup ini ada lah perkara yang lumrah. Semua orang merancang sesuatu dalam kehidupan mereka. Tetapi tahu kah kita, bahawa kita hanya mampu merancang dan apa saja yang berlaku ada lah rancangan Allah. Kita merancang, Allah pun merancang, tetapi yang terjadi ialah rancangan Allah. (Maksud al Quran). Kalau kita merancang, tiba tiba rancangan kita itu menjadi, itu bermakna rancangan yang kita rancang kita itu selari dengan rancangan Allah. Dan, jika apa yang kita rancang itu tidak menjadi, ini bermakna Allah lah yang merancang supaya rancangan kita itu tidak menjadi. Terima lah hakikat ini. Oleh itu kita hendaklah sentiasa "berserta Allah" didalam apa saja tingkah laku kehidupan seharian kita, supaya apa saja yang kita rancang, sebenarnya Allah lah yang merancang.......
Bersambung.........

Sunday, July 16, 2006

Memiliki dan dimiliki

Memiliki dan dimiliki. Anda adalah jenis yang dimiliki. Dimiliki oleh Tuhan yang Esa. Sesuatu yang anda rasa kepunyaan anda adalah bukan kepunyaan anda. Ini kerana jika anda dimiliki oleh Tuhan, apa saja yang bersangkut dengan diri anda adalah jua milik Tuhan. Dari erti kata yang lain, anda tidak memiliki apa apa pun, termasuk diri anda sendiri.
Bersambung.........

Friday, July 14, 2006

Selamat Datang ke Blog aku.........

Orang ada blog.....aku pun nak ada blog juga......ini blog peribadi, cerita nya macam macam ada.....apa saja yang terlintas dalam hati.....atau pun hal ehwal semasa.....semua aku curahkan kat sini.....

Semuanya bermula disini.......